HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Nour Inara Delisha My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 11 July 2019

Entri Santai Santai Je..

Assalamualaikum.



Pagi ni agak kelam kabut sikit. Biasalah anak berderet deret ni jangan haraplah boleh bersiap ala ala seorang puteri yang takde gangguan. Setiap pagi bersiap sepantas kilat. Takde masa nak fikir benda lain. Dalam diri aku dah set kena siap cepat. Lambat sikit gelap gelita lah dunia aku 😫

Haaa tak boleh main main okay. Faham faham jelah anak ramai ni. Semua kerja harus pantas. Nak siapkan anak anak setiap pagi macam macam hal boleh berlaku. Tapi takpe aku dah biasa dengan kehidupan seperti itu. Dah boleh settlekan secara aman damai hehe 😉.

Husband outstation ke Singapore. Bestnya Singapore! Rasa nak ikut je husband kerja pusing satu dunia ni. Semua tempat husband dah pergi. Kalaulah boleh ikut dah lama aku ikut tau. Tapi apa kan daya husband pusing satu dunia pun bukan jalan jalan bersukaria. Tapi sebab tuntutan kerja. InsyaAllah bila anak anak dah besar nanti bolehlah pergi bercuti. Bolehlah berjalan jalan tengok negara orang. Sekarang ni memang takkan ada masa. Husband sibuk bekerja. Sentiasa outstation. Anak anak pula semuanya masih bawa umur HAHAHA betul lah bawa umur 😄😄😄

Pagi ni banyak kerja nak buat. Semua kerja atas meja aku ni kena settlekan cepat. Agak sibuk sikit hari ni. Update blog ni pun sebab tengah cuba bertenang selepas huru hara pagi tadi siapkan anak anak pergi sekolah. Esok husband balik. Rindunya Allah saja yang tau 🥰

Itu je nak cerita pagi ni. Maaflah tak sempat lagilah nak update pasal raya hari tu. Sabar ye sayang sayang semua. Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi. Babai 😍


3 comments:

adianiez AIDA said...

3 boys and a girl?
alhamdulillah...
kelam kabut camne pun, semua terurus. ok la tu.
kita ni mak-mak, da terpaksa multitasking ekk.
tgn mcm sotong :) ha ha ha ha...

PeRdU cINta said...

Ketangkasan seorang wanita yang berbelar isteri,ibu,anak dan hamba Allah.Moga sentiasa diberi kesihatan untuk melunas tanggungjawab..
Singgah ukhuwah..dengan rasa riang hati follow blog cute ni.

Nadratul Syazwana said...

Cantiknya mummy ni! First time rasanya singgah blog ni hehe. Wahh, patutlah uruskan anak sorang-sorang, husband tengah outstation ye hehe. COmel je semua anak masih kecik lagi. nad follow sini ye #588



 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page