HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Nour Inara Delisha My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 15 May 2019

Kisah Ramadhan 2019

Assalamualaikum dan Selamat berpuasa buat semua! 
Dah masuk minggu kedua berpuasa. Puasa hari ke 10 dah hari ni. Untunglah siapa yang dapat berpuasa penuh sampai hari ke 10 ni terutamanya wanita wanita hebat di luar sana. Kaun lelaki haruslah wajib penuh kan. Jangan pandai pandai pula tak nak puasa 😡. Satu kerugian untuk Sher bila minggu pertama tu tiba tiba zon merah pula. Alaaaa stress. Puasa hari pertama ni memang best tau. Tak tau nak kata apa. Tapi memang bestlah bagi Sher. 

Ramadhan 2019 ini sama seperti tahun tahun sebelum ni. Hari pertama sahur dan berbuka puasa tanpa suami disisi, jauh sekali keluarga tersayang yang berada di Sabah. Hanya anak anak peneman Sher di bulan ramadhan ini. Takpelah, suami sedang bekerja keras untuk kami anak beranak. Tipulah kalau sher kata tak sedih. Sher sedihlah. Tapi Sher tak nak fikir sangat. Sher dah biasa hidup macam ni. Sher takdelah sunyi sangat. Anak anak kesayangan Sher kan ada. Anak anak Sher lah  yang buat Sher terus kuat dan perlu teruskan hidup seperti biasa..chewahh! 😁

Walaupun suami jauh dari mata tapi suami kesayangan Sher setiap hari akan video call untuk bertanya khabar. Kadang berjam jugalah suami video call  sampai henpon panas HAHAHA. Sorang sorang nak cakap memanglah berjam. Bila suami call setiap hari tu anak anak happylah juga. Takdelah kami sunyi sangat tanpa Daddy tersayang. Terasa suami sentiasa ada je dengan kami walaupun nun jauh di negara orang. I love you Daddy 😘


Teringat masa kat kampung setiap kali puasa kami adik beradik perempuan akan bergilir gilir masak sahur untuk  satu family. Mak sher paling rajin masak dan sediakan sahur. Kami hanya tolong apa yang patut. Settle sahur giliran adik beradik lain pula basuh pinggan dan kemas meja makan.. Bila waktu berbuka pula kalau malas atau tak sempat  masak kami selalu akan beli makanan siap siap kat bazaar ramadhan. Tapi jarang juga sebenarnya beli beli makanan kat luar. Kalau nak beli pun kami akan beli kuih muih sahaja. Lagi puas hati  kalau masak sendiri. Makan pun puas hati boleh tambah sesuka hati 😁

Menu wajib setiap kali berbuka puasa bubur ayam hasil tangan mak Sher. Hari hari bubur ayam pasti ada. Hari hari jugalah bubur ayam tak pernah tak habis semua sukaaaaaa makan! Ya Allah teringinnya nak makan bubur ayam. Sher dah cuba buat sendiri tapi rasa dia tak sama langsung dengan hasil tangan mak Sher 😩.  Balik Sabah ni wajib makan puas puas. Rindu sangat masakan mak Sher. 

Tahun ini tiba tiba tak sabar nak balik raya. Tak sabar nak shopping baju raya.  Waduh waduh excited nak balik ni 🤣🤣. Tahun lepas tak dapat balik raya. Sedihnya  Sher Allah saja yang tau.Teruk betul keadaan Sher masa tu. Merajuk habis habisan tak nak sayang suami 😬. Ampun suamiku. Lain kali jangan buat lagi tau. Tak kira apa pun terjadi wajib balik Sabah tau ☺️.

Semoga  segala urusan kami satu family balik kampung tahun ini di permudahkan. Okaylah, cukup setakat ini. Nanti jumpa lagi di entri akan datang. Selamat berpuasa semua! 😊

No comments:



 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page