HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Nour Inara Delisha My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 8 March 2019

Dannish Riffqie Happy Dapat Hadiah Idaman Hati

Assalamualaikum. 

Petang tu habis kerja je aku terus bergerak sepantas kilat ambil anak anak kat sekolah. Aku terpaksa bergerak pantas sebab tengok keadaan cuaca semakin gelap. Ya Allah nak hujan! 😭. Sepanjang perjalanan tu aku tak putus putus berdoa "janganlah hujan.. janganlah hujan.." Kalau nak hujan pun biarlah aku dan anak anak sampai rumah dulu. Tak sanggup bawa kereta time hujan. Tak sanggup tengok anak anak basah. Ya Allah tolonglah.

Allah maha mendengar, kami sampai rumah dengan selamat. Barulah hujan turun dengan lebatnya. Terima kasih Ya Allah. 

Okay nak sambung cerita pasal kejutan untuk Dannish Riffqie sempena Birthday dia yang ke 6 tahun. Macam biasa kalau dah berjanji dengan dia, wajiblah tunaikan. Kalau tak hampir setiap masa dia akan tanya. Stress kadang kadang nak jawab soalan dia. Kalau tak jawab lagilah dia marah. Aduhai macam macam perangai anak anak aku sekarang ni. Nasib baiklah dah beli. Kalau tak habislah Mummy 😬. 

Masuk kereta je Dannish Riffqie terus merata cari hadiah dalam kereta.  Bertuah punya anak tak sabar sabar. Tapi aku lagi bijak hadiah tu aku sengaja sorok belakang kereta. Saja nak bagi anak tercari cari haha 😁. Dannish Riffqie dah mula gelisah dan bertanya macam macam. Dannnnn bermulalah episod drama airmata 😢

"Mummy, hadiah Riffqie takde ke?"
Aku diam. Pura pura tak dengar 😆

Dannish Riffqie bertanya lagi..

"Mummy hadiah Riffqie takde ke? 
"Mummy dah janji nak bagi hadiah kat Riffqie. Riffqie tak nampak pun hadiah tu"
 (masa ni dia dah start sedih dan mula nak menangis tapi aku tetap tak nak bagitau dan berpura pura terlupa 😜)

"Alaaaa Mummy lupa belilah sayang. Esok Mummy beli boleh?"
(Saja nak tengok reaksi dia)

"Sampai hati Mummy. Riffqie dah banyak tolong Mummy. Tolong kemas rumah. Tolong jaga Inara. Tolong urut kaki Mummy. Tapi Mummy tak tolong beli hadiah pun untuk Riffqie (Sambil gosok gosok mata menangis)."

Ya Allah sedih pula aku  dengar. Tak sampai hati nak permainkan perasaan dia. Tak sangka Dannish Riffqie akan cakap macam tu. Serius tak sangka. Sedihlah!😭. Tengok dia dah menangis macam tu aku cepat cepat pujuk. Kesianlah. 

"Janganlah nangis, Mummy gurau jelah. Hadiah tu ada kat belakang. Sampai rumah nanti Mummy bagilah"

Dengar je Mummy cakap macam tu Dannish Riffqie terus berhenti nangis, tiba tiba kembali happy. Senang betul nak pujuk dia ni. Merajuk pun sekejap je (sebijik macam Daddy dia hehehe 😘).

Haaaaa inilah hadiah pujaan hati dia. Dah lama teringin nak topeng spiderman tu. Sebelum ni dah pernah beli topeng spiderman tapi warna merah. Permintaan dia kali ni dia nak warna hitam pula.

Hadiah kedua sama juga spiderman. Dah pernah beli sebelum ni tapi dia nak yang warna hitam. Puas aku cari merata kat alamanda tapi takde jual warna hitam. Husband kata beli je warna merah tu kalau hitam takde. Geram pula rasa. Geram sebab kat rumah dah ada. Tapi atas permintaan anak tunaikan jelah asalkan dia happy. Haaaaaa memang happy sangat sangatlah. Siap bawa tidur lagi topeng tu. Bangun tidur je tiba tiba dia akan cerita jadi spiderman hitam 😁😁

Bergambar dengan Abang dan adik dia. Princess inara tak sempat join abang abang dia. Sebab masa ni princess tengah tidur lena.

Kasih sayang tiga beradik. Semoga kekal berkasih sayang macam ni sampai bila bila ye anak anak 😚😚😚



Dannish Riffqie terlampau minat spiderman. Semua cerita spiderman dia dah hafal. Tengok berjuta kali pun tak pernah bosan. Mummy pula yang rasa nak muntah balik balik tengok movie spiderman 😣


Princess Mummy dah bangun masa ni. Tengok abang dia pakai topeng spiderman dia pun sibuk nak pakai juga 😍


Ada yang bertanya..
 "Tak beli kek untuk Dannish Riffqie ke?"

Aku bukan tak nak beli. Oleh kerana husband kesayangan aku tu dah nak balik, biarlah kami satu family sambut birthday Dannish Riffqie bersama. Kalau husband ada, Dannish Riffqie pasti lagi happy. Dia kan anak Daddy. Paling manja dengan Daddy dia.

"Dannish Riffqie Sayang, nanti Mummy Daddy belikan kek ye sayang. Sekarang kita makan donut kegemaran awak tu dulu tau.." 😚😚😚




Anak anak memang sukaaaa sangat makan donut. Biasalah manis manis kan. Aku beli 12 donut sekejap je habis. Anak anak tak nak dah makan nasi. Kekenyangan sangat. Last last aku sorang jelah yang makan nasi. Makanan manis manis ni aku tak suka sangat. Makan sikit sikit tu bolehlah.. Lepas makan anak anak wajib buat kerja sekolah. Belajar sikit sikit lepastu terus tidur 😴😴😴.

Oklah cukup setakat ini. Nanti jumpa lagi di entri seterusnya. Babai semua.. 😘


No comments:



 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page