HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Nour Inara Delisha My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 8 February 2019

Pandai Ke Masak?

Assalamualaikum & Hi semua 😊


Bestnya esok cuti! Sukalah cuti cuti ni. Sejak pindah rumah baru ni memang happy sangat duduk rumah je sepanjang masa. Kalau boleh tak nak keluar rumah langsung HAHAHA. Tak pernah lagi ada perasaan macam ni. lagi lagi bila rumah baru ni suami kesayangan aku bagi cantik cantik. Adohai lagilah aku rasa macam tak nak keluar rumah langsung. Suami ajak keluar jalan jalan pun aku tak nak rela sorang sorang dalam rumah 😂 😂. Sukaaaaa sangatlah dengan suasana rumah baru ni. Jiran jiran semua pun baik baik belaka 😍😍😍

Betul. Tak tipuuu. Seronok lah duduk rumah baru ni. Semua yang aku nak suami tunaikan. Semuanyaaaa. Cuma kadang kadang ada juga permintaan aku yang suami tak berapa berkenan. Dan setiap pilihan suami, aku okay je..aku setuju seratus peratus tanpa bantahan. Sebab aku tau pilihan suami aku sememangnya yang terbaik! I love you Sayang 😘

Esok banyak benda nak buat. Tiba tiba dalam kepala otak aku ni terfikir nak buat kek untuk anak anak. Dah lama tak buat kek. Tiba tiba je rasa nak buat. Alamak semua bahan belum beli lagilah. Tak boleh jadi ni. Petang ni juga wajib cari satu persatu! Serius semangat sangat nak buat kek ni. Almaklumlah dapur baru. Semua perkakasan dapur  pun baru. Suami  dah sediakan semuanya. Tinggal aku nak MASAK JEEE! 😉

Jujurnya aku adalah wanita paling tak pandai MASAK! 😔. Bab masak masak ni bukan kepakaran aku. Siapa pernah follow blog aku mesti tau aku pernah meroyan pasal hal hal masakan ni. Stress tau tak. Tapiii aku tak pernah putus asa. Walaupun aku tak sepandai orang lain tapi aku tetap cuba belajar juga masak. Sedap tak sedap tak payah stress asalkan suami aku makan sampai licin 😂.

Kalau korang nak tau Suami aku berlambak beli buku masakan untuk aku. Mak mertua aku pun siap beli buku resepi paling mudah untuk aku belajar memasak okay. Terharu rasa. Tapi sehingga saat ini aku tak pernah lagi masak depan mak mertua aku. Apatah lagi nak bagi mak mertua aku rasa masakan aku omaigod menakutkan! 🤭😬

Anak anak aku sejak dah besar ni Ya Allah aku sendiri rasa nak menangis je setiap kali anak anak aku buat permintaan nak makan itu nak makan ini. Kalau setakat nak beli kat luar tu tak payahlah cakap. Bila2 masa aku boleh tunaikan. Tapiiiiii anak anak nak yang aku masak. Kalaulah masak itu semudah ABC, dah lama aku buat. Tapi yang semudah ABC pun aku tak lepas lepas. Ada je yang tak kena. Sedihlah! Benci dengan diri sendiri.. 😡



1 comment:

norhidana miswan said...

wahhhh best tuh, mesti lawa umah baru tu sampaikan takmo kuar ye

hehehe tulah, nk masak kene ada minat kan, klu tidak mmg kadang kelaut jgk



 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page