HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 13 September 2018

Hi Semua!

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama menghilangkan diri, berbulan bulan tak update blog, tiba tiba hari ni muncul pula.. hehehehe. Kesian tengok blog kesayangan aku ni. Dah berbulan bulan terbiar. Paling last aku update masa mengandung hari tu. Sekarang anak dah nak masuk 11 bulan. Omaigod dekat setahun lebih tak update!!! 😱😱😱😱


Aku sejak dekat dekat nak bersalin hari tu memang terus sunyi sepi. Langsung takde mood nak buka blog. Macam macam ujian dan dugaan yang datang. Kalau teringat balik setiap kejadian yang berlaku pada family aku tahun lepas, aku pasti akan menangis semahu mahunya 😭.

Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah duga dan uji dengan berbagai bagai ujian tapi sebabnya adalah sama. Allah nak bagi kita sedar supaya lebih dekat padaNya. Tahun lepas, besarnya ujian Allah bagi padaku. Dalam keadaan sarat mengandung tiba tiba anak ketiga aku Rayyan Ashraff telah dimasukkan ke hospital. Hampir 10 hari dalam wad, dan keadaan anak aku masa tu Allah saja yang tau. Setiap kali teringat semua tu, siang malam, setiap saat aku menangis  semahu mahunya sepanjang berada di hospital memikirkan keadaan anak aku 😢😢😢. 

Ujian Allah terlalu besar untuk aku hadapi. Tapi aku yakin setiap ujian Allah pasti ada hikmahnya. Sejak kejadian tu aku lebih dekat pada Allah. Aku lebih menghargai setiap detik bersama family. Mungkin selama ini aku lalai dan banyak melakukan kesilapan dalam hidup aku. Sekarang syukur alhamdulillah aku lebih tenang dan lebih bahagia bersama insan insan tersayang.
Terima kasih ya Allah..Terima kasih atas segalanya..

Nantilah kalau ada masa yang sesuai aku ceritakan semuanya pasal keadaan Rayyan Ashraff masuk wad hari tu. Okaylah.. Babai, jumpa lagi di entri akan datang 😊😊😊






2 comments:

norhidana miswan said...

akhirnya muncul semula... rindu nk dgr cite hero2 tuh paling nk tau si kecik tuh

supercutemummy.blogspot.com said...

Hi kak, Cerita hero hero tu akan saya update nanti ye kak. Pasal baby keempat tu pun insyaALLAH saya akan update. Lama tak bersiaran dalam blog ni lain macam pula nak mengarang tu..hehehe. Apa pun terima kasih masih sudi baca blog kita. Sayang akak!



 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page