Followers Terbaik!

Saturday, 31 March 2012

Panduan Menggunakan Bedak Asas

Hari ini aku nak share tentang cara menggunakan bedak asas dengan betul. Tips ini aku dapat dalam majalah. Mungkin masih ramai yang belum tahu cara-cara menggunakan bedak asas ini, jadi kalau nak tahu teruskan membaca..
Kita tidak dilahirkan dengan kulit wajah yang tidak akan berubah sampai bila-bila. Kulit wajah dijadikan dengan kelembutan. Solekan hanya untuk membantu melindungi kulit daripada segala masalah dan perubahan yang berlaku pada wajah kita. Mungkin ramai yang tidak sedar solekan memerlukan asas yang penting. Kulit wajah seseorang umpama kanvas bersih yang apabila diwarnai dengan solekan pada bibir, mata dan pipi akan menyerlahkan kecantikan sebenar yang kita miliki. Punca asas solekan yang baik adalah bedak asas. Bedak asas mampu menyeimbangkan tona kulit tidak sekata serta menutup cela-cela kecil seperti parut jerawat dan jeragat.

Panduan menyapu bedak asas
- Sebelum menyapu bedak asas, bersihkan wajah dengan tiga langkah utama. Beri sedikit masa untuk pelembab menyerap dan mengering sebelum menyapu bedak asas.

- bagi solekan sederhana, sapu bedak asas menggunakan berus bedak asas di bahagian yang diperlukan terutamanya di zon T iaitu hidung, dahi dan dagu atau kawasan yang bermasalah. Sapu sedikit bedak asas di bahagian sebelah pangkal dalam mata agar kelihatan segar dan lebih besar. Jika bedak berona cerah, sapu sedikit di kelopak mata agar dapat membangkitkan lagi warna pembayang mata yang akan disapu.

- Gunakan span bersih bagi meratakan bedak asas agar nampak semulajadi. Ini juga akan membantu bedak asas yang bersifat bebas minyak daripada mengering.

- Sapu sedikit bedak debu untuk meratakan lagi bedak asas serta bagi mengelakkan sapuan bedak asas nampak terlalu berkilat apabila terdedah kepada sinaran matahari.

Teknik sebenar menyapu bedak asas
- Titikkan bedak asas dibahagian dahi, pipi dan dagu dengan hanya sekali titik dalam satu masa. Elakkan menitik secara berulang di satu tempat yang sama.

- Kemudian ratakan bedak asas yang dititik di beberapa bahagian wajah dengan sapuan keluar dan keatas mengikut bulu roma wajah sehingga ke bahagian bawah dagu dan rahang. Jangan sapu menentang arus kerana ia membuatkan kulit nampak tidak licin.

- Setelah meratakan dengan menggunakan jari atau span, ulang sekali lagi terutama pada bulu roma serta kawasan antara leher dan rahang. Seeloknya sehingga ke leher kerana ia menjadikan warna kulit muka dan leher sekata.

Tips Jurusolek
- Menyapu bedak asas menggunakan jari adalah teknik paling berkesan untuk mendapatkan hasil sapuan yang seimbang dan rata. Namun jika anda bukan pakar, seeloknya jangan mencuba.

- Sebaiknya bedak asas disapu ke wajah menggunakan span bersegi yang boleh didapati dikedai menjual alat solek serta perhiasan.

- Bagi yang bukan jurusolek profesional, elakkan membuat sendiri teknik membentuk tulang pipi kerana ia satu kemahiran berseni.

- Elak menyolek wajah untuk menaikkan tulang pipi untuk solekan siang kerana teknik ini hanya dipraktikkan untuk solekan malam sahaja.

- Jika berkeinginan untuk membentuk tulang pipi, pastikan anda hanya menggunakan pemerah pipi membawa kebahagian telinga dengan sapuan menegak. Ini dapat membantu menampakkan tulang pipi naik.

- Sebaiknya bagi mereka yang mempunyai kulit bermasalah sapu concealer dahulu bagi menutup parut. Ini kerana sapuan bedak asas akan kelihatan lebih rata dan kemas.




- Posted using BlogPress from my iPad



No comments:

Post a Comment