Followers Terbaik!

Thursday, 6 June 2013

Instagram!


Salam Sayang semua!




" Sher, apa nama instagram ko, tak jumpa pun.."
" Wynn kenapa bha instagram kau tu susah betul mau cari, paning kepala sia ini" (bahasa sabah..hehehe) 
" Kak Wynn, mana instagramnyeee..takde pun! (Adik sendiri pun tak jumpa sabar jelah..hehe)

Okay orang asyik tanya kenapa nama instagram kita susah nak cari.
Haaaa inilah instagram kita. Bukan susah pun nak cari, senang je sebenarnyaaa.
Yang buat korang pening tu sebab ejaan nama kita kot..hehe
Lepasni jangan bising-bising lagi tau pasal instagram kita  
Semuanya dah ada depan mata tinggal nak klik..klik je..hehe :')

Siapa yang tak follow kita lagi tu..jomlah follow!
tak payah segan-segan okay :')

Okaylah kesayangan Mummy semua..jumpa lagi..Tata!



Tuesday, 4 June 2013

Pengalaman Bersalin Anak Kedua




Gambar sebelum bersalin


Salam Sayang semua!

Haaaaaa mesti korang tertunggu-tunggu Mummy update entry ni kan.
Baby dah masuk 3 bulan barulah sibuk nak cerita..hehehe
Ini pun Mummy kena type secepat mungkin takut baby bangun pula.
Nasib baiklah si Adik ni jenis yang senang nak jaga, tak banyak ragam pun
kecuali bab tidur je nanti kita cerita ye..

Pengalaman bersalin kali ni memang berbeza dengan anak pertama.
Betullah kata orang, pengalaman bersalin setiap anak tak sama.
Ada yang senang melahirkan, ada juga yang susah..
tapi tak kisahlah, janji semua tu pengalaman terindah buat kita semua..

Okay Mummy bersalin awal 3 minggu dari due date.
Sepatutnya Mummy bersalin pada 19 mac 2013. Tapi sebab Allah dah tentukan segalanya
 Mummy terpaksa dan dipaksa bersalin pada 28 feb 2013 demi keselamatan ibu dan anak.
Rasa macam tak percaya je baby keluar awal...

2 hari sebelum bersalin keadaan baby memang pelik sikit
Tapi Mummy diamkan je, tak cerita kat husband pun sebab Mummy ingatkan biasa-biasa je..
Mummy pun buat kerja macam biasa, tapi lama kelamaan keadaan baby semakin merisaukan
Mummy dah mula takut sebab adik tiba-tiba je kurang aktif 
Walaupun Mummy dah cuba banyak kali gerak-gerakan perut ni tapi adik tetap tak bagi respon


" Adik, adik Ok ke ni sayang? " (sambil usap-usap perut sendiri)
"Jangan buat Mummy risau..Mummy takutlah sayang.."
"Adik! janganlah main-main.."
"Adik, adik okay ke?! (masa ni Mummy dah rasa nak nangis)


Tapiiii..adik senyap je! Ya Allah SAH anak Mummy tak bergerak!

Sepantas kilat Mummy call Husband. menangis-nangis Mummy dalam telefon
Bayangkan masa tu husband tengah meeting, Mummy suruh balik masa tu juga..
Mummy memang tak fikir benda lain dah masa tu..takut dan risau sangat..







Alamak baby kita dah bangunlahh!!!






kejap lagi Mummy sambung yee..




Jangan marah tau tungguuuu ..hehehehe :')




Monday, 3 June 2013

Hellooooooooo!!!


Assalamualaikum. Apa khabar semua? Mummy harap semuanya sihat sentiasa.
Waduh-waduh lamanya tak buka blog ni, dah berhabuk kot..tehehe!
Sebelum Mummy nak teruskan ayat-ayat cinta Mummy ni
sekali lagi Mummy nak tanya ada tak yang rindu kat blog kita ni..Adaaaaaa TAK?..
Apapun jawapan korang Mummy tetap Sayang...heee :')

Mesti korang pelik kan kenapa Mummy dah tak update blog ni..
(HIHIHIHI..rasa nak ketawa pun ada macamlah ada orang nak peduli..kuikuikui!)
Mummy tak update blog ni banyak sebab tau, macam-macam yang berlaku kat kita..huhuhhu
Tapiiiiii..siapa yang follow instagram kita tu tahniah lah..hehehe
Sebab hampir setiap hari kita akan post gambar dalam facebook dan instagram!
Macam-macam Mummy meroyan dalam tu, kalau nak tau jomlah follow kita

"sherwieynamuzzawer"

Minggu ni Mummy baru je start masuk kerja, so kalau free tu bolehlah kot update blog ni..
Terlalu banyak sangat cerita nak share kat korang tapi tak tau nak mulakan yang mana satu
(ish! eksyen pulak macamlah artis..hehehe)

Ramai yang bertanya bilalah Mummy nak update blog ni..
Kenapalah Mummy ni tak muncul.muncul..dan blablablabla..
Mummy rasa terharu sangat tau, bila orang tertanya-tanya pasal kita,
Rasa macam dihargai sangat :')
Apapun terima kasih sebab korang masih sudi singgah kat blog kita ni..
Mummy pun dah lama tak terjah blog korang..
insyaAllah lepasni Mummy terjah satu-satu ye..tungguuuuu!

Okay untuk entry hari ni Mummy cuma nak bagitau korang satu perkara je
InsyaAllah lepasni Mummy akan lebih rajin kot update blog..
dah lama sangat tak mengarang rasa macam rindu pula..hihihihhi



Ini gambar semalam, masih panas lagi tau..hihhihi

Okaylah kawan-kawan, rasanya cukup setakat ini dulu..
lain kali kita update lagi ye..bye..semua!


( Sori penulisan kita macam berserabut sikit, almaklumlah lama tak mengarang..hihhhi..)


Wednesday, 17 April 2013

Wordless Wednesday 8

Salam Sayang Semua!
 
 
Ada tak yang rindu kita..tehehehe
 

Friday, 15 February 2013

Happy Birthday To Me !!!


Assalamualaikum dan Salam Jumaat Semua..
 

14 Febuari 2013
Syukur Alhamdulillah masih dipanjangkan umur
 dan dapat sambut birthday lagi..hehehe!
 Pejam celik, pejam celik umur Mummy dah pun masuk ke frasa 30an..
Tiba-tiba rasa macam dah tualah pula..hewhewhew!
Alah ayat dah 'tua' ni macam tak bestlah pula..
Bukan tua tau, tapi semakin matang sebenarnya..heheheeh!
( Saja nak sedapkan hati, padahal memang dah tua pun..kuikuikui )
 

Ini birthday cake Mummy Buyung semalam
Rasa terharu sangat dapat cake yang sangat comel ni dari insan tercinta.
Sebenarnya sehari sebelum tu husband dah belanja makan-makan,
Tapi without a birthday cakelah. Mummy tak pernah minta pun..
Tapi husband memang selalu macam ni.
Dari mula bercinta, setiap tahun Mummy akan dapat cake.
Bila dah kahwin ni lagi macam-macam Mummy dapat..hehehe
Tapi, Kadang-kadang rasa bersalah pun ada,
sebab Mummy pernah terlupa birthday husband sebelum ni,
sedangkan husband tak pernah lupa pun birthday Mummy.
 kesian.. kecil hati dia.

" Maafkan Mummy Sayang.."
 

Terima kasih untuk cake ni Daddy!
Mummy sayang dan cinta Daddy ketat-ketat..hehehe
Semoga kita terus kekal bahagia bersama anak-anak kita..Muaaahhhhhhh!!!
 

Sempena birthday Mummy tahun ni, harapan dan doa Mummy
Semoga Allah terus memberkati perjalanan hidup Mummy
dan sentiasa memberi kebahagiaan yang berterusan buat kami sekeluarga,
dipanjangkan umur, diluaskan rezeki, dipermudahkan segala urusan
Dan dikurniakan anak-anak yang comel dan soleh..Aminnn
 
 
Terima kasih kepada semua yang sudi wish birthday Mummy semalam
Terima kasih kepada family tersayang, kawan-kawan ofis, facebook, instagram, twitter dan
tak lupa kepada mereka yang sudi sms and whatsapp Mummy semata-mata nak wish birthday.
Thanks untuk doa korang semua. Mummy terharu sangat.
Yang tak wish atau terlupa nak wish tu, takpe Mummy tak kisah.
Janji Mummy sentiasa diingatan korang (hahahah..perasan betul! ;p )
Okay jumpa lagi dan selamat berhujung minggu semua..Tata! (^^,)